Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir kempen acara perniagaan Tribe Gathering Kuching 2022 anjuran BESarawak di sini hari ini. Foto TVS.

BESarawak jana RM385.5 juta kepada ekonomi negeri

KUCHING, 17 Okt : Kempen Tribe Legacy Sarawak anjuran Business Event Sarawak (BESarawak) menjana RM385.5 juta kepada ekonomi Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata, BESarawak turut berjaya menarik 145 acara perniagaan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

“Usaha yang dibuat oleh pihak BESarawak ini juga telah membuka sebanyak 30,594 peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak hasil penganjuran acara-acara tersebut.

“Perbelanjaan delegasi langsung melalui penganjuran acara-acara ini akan menyuntik RM209.5 juta ke dalam ekonomi kita dan RM23.1 juta untuk kutipan cukai.

“Tahniah saya ucapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri kempen acara perniagaan Tribe Gathering Kuching 2022 anjuran BESarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak, Amelia Roziman memaklumkan lebih banyak acara yang akan dianjurkan oleh pihaknya pada Disember ini.

Namun katanya, cabaran utama yang dihadapi ialah mendapatkan ruang untuk menganjurkan program-program yang dirancang.

“Terdapat 40 acara lagi yang belum dianjurkan dan kami masih mengusahakannya hingga akhir Disember ini.

“Meskipun sukar untuk mencari pusat konvensyen dan hotel, terdapat pakej insentif yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak yang kami boleh manfaatkan,” katanya.

Tribe Legacy Sarawak merupakan kempen pemasaran yang dilaksanakan untuk mempromosikan Sarawak sebagai destinasi terbaik menganjurkan acara perniagaan.

Setakat ini, BESarawak telah berjaya meraih lima Anugerah Pemasaran Antarabangsa, termasuk dua anugerah perak di Hollywood Gold Awards dan Milan Gold Awards. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan