Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Noor Azman Taib hadir pada Majlis Pengoperasian BBP Lutong di sini hari ini. Foto JBPM Sarawak.

BBP Lutong siap, sedia salur perkhidmatan lebih pantas

MIRI, 17 Okt : Pengoperasian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong akan mempercepatkan masa bertindak anggota bomba ke lokasi panggilan kecemasan di bawah 10 minit.
 
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Noor Azman Taib berkata, fasiliti berkenaan sangat penting di kawasan ini bagi mengelak tragedi yang berlaku bertambah buruk.
 
“Sebelum ini  BBP yang paling hampir dengan Lutong ialah BBP Lopeng yang terletak kira – kira 17 kilometer (km).
 
“Oleh sebab itu, kerajaan menyediakan fasiliti ini di sini untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk sekitar,”katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Pengoperasian BBP Lutong di sini hari ini.
Datuk M Noor Azman Taib memeriksa perbarisan anggota JBPM Sarawak pada Majlis Pengoperasian BBP Lutong di sini hari ini. Foto JBPM Sarawak.
Yang turut hadir,  Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dato Sri Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah  (JBPM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman.
 
Projek pembinaan balai ini bermula pada 2 Januari 2020 dengan kos hampir RM8.2 juta di kawasan seluas 3.33 hektar.
 
BBP Lutong merupakan balai ke-38 di Sarawak dan yang kelima di Miri.
 
Sebelum ini Miri mempunyai empat balai iaitu BBP Lopeng, BBP Miri, BBP Marudi dan BBP Batu Niah.
 
BBP Lutong dilengkapi dengan ruang jentera, pejabat pentadbiran, stor logistik, garaj berbumbung, padang kawad dan empat buah kuaters. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan