Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 38 orang daripada 10 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa di sini, setakat 8 pagi ini berbanding 37 mangsa banjir malam tadi.

38 mangsa banjir di Langkawi berada di PPS

ByBernama

LANGKAWI, 17 Okt: Seramai 38 orang daripada 10 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa di sini, setakat 8 pagi ini berbanding 37 mangsa banjir malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata mereka terdiri daripada 19 lelaki dan 13 wanita manakala empat kanak-kanak lelaki serta baki selebihnya ialah kanak-kanak perempuan.

“PPS ini dibuka lebih kurang pukul 8 malam tadi apabila kawasan rumah mereka sekitar Kampung Atas, Mukim Padang Mat Sirat dinaiki air selepas hujan semalam, tetapi cuaca pada pagi ini cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hujan bermula seawal 4 pagi semalam itu turut menyebabkan kawasan di beberapa Mukim di Langkawi termasuk Mukim Ayer Hangat dan Kuah dinaiki air namun tidak melibatkan perpindahan penduduk disebabkan air telah pun surut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan