Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia Cawangan Asajaya berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi bencana banjir di daerah berkenaan. Foto TVS.

200 anggota APM Asajaya bersedia hadapi kemungkinan banjir

KOTA SAMARAHAN, 17 Okt : Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia Cawangan Asajaya bersedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir di daerah ini.

Pegawai Pertahanan Awam, Hafizul Samah berkata, seramai 200 anggota cawangan berkenaan telah menerima latihan untuk memantapkan operasi penuh selama 24 jam ketika bencana.

Katanya, pada masa sama persiapan aset menyelamat juga dilakukan.

“Pejabat APM Asajaya telah membuat persiapan menghadapi musim monsun.

“Bilik gerakan Monsun Timur Laut APM juga telah dibuka,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Hafizul berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan hotspot di Simunjan.

“Antaranya termasuklah Lubok Buntin, Kampung Engsika dan Kampung Gumpey,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, terdapat 23 pusat pemindahan banjir disediakan di Sebuyau dan Asajaya yang diselia oleh  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dibantu pihaknya.

“Orang ramai yang berdepan masalah ketika banjir boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana APM di talian 082-827091,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan