COLOMBIA, 17 Okt : Seramai 20 penumpang sebuah bas terbunuh selepas kenderaan itu terlibat dalam nahas jalan raya di barat negara itu, kelmarin.
Pihak berkuasa turut mengesahkan seramai 14 lagi mengalami kecederaan.
Menurut Reuters, kemalangan pada awal pagi itu menyebabkan bas berkenaan terbalik.
Setakat ini, polis tidak menolak kejadian itu berpunca akibat masalah teknikal.
Ketua Polis Trafik Narino, Albertlan Agudelo berkata, bas itu dalam perjalanan ke Cali dari Tumaco ketika kemalangan berlaku pada pukul 3.40 pagi.
Sementara itu, media tempatan melaporkan, kenderaan berat itu hampir terhumban ke dalam gaung namun ‘tersekat’ pada penghadang besi yang dipasang pada laluan berbukit itu. -TVS