Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fighting in Ukraine persist amidst Peace Talks
Sekurang-kurangnya 10 orang awam maut manakala dan 14 lagi cedera akibat serangan di beberapa wilayah di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

10 lagi orang awam terbunuh di Ukraine

ByBernama

KYIV, 17 Okt: Sekurang-kurangnya 10 orang awam maut manakala dan 14 lagi cedera akibat serangan di beberapa wilayah di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

Timbalan ketua pejabat presiden Kyrylo Tymoshenko menerusi hantaran di Telegram pada Ahad mendakwa serangan Rusia menyasarkan wilayah Dnipro, Kharkiv, Zaporizhzhia, Donetsk dan Kherson.

Menurut Staf Am Ukraine, Rusia telah kehilangan 65,000 kakitangan, 2,529 kereta kebal dan 5,193 kenderaan perisai sejak Moscow melancarkan operasi  ketenteraan ke atas Kyiv pada 24 Feb.

Pada 21 Sept, Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoygu mengumumkan 5,937 tentera Rusia maut akibat perang.

Sementara itu, Rusia mendakwa bahawa bangunan pentadbirannya di wilayah timur Donetsk diserang tentera Ukraine pagi Ahad.

Datuk Bandar Donetsk, Alexey Kulemzin menerusi hantaran di Telegram mendakwa tentera Ukraine melancarkan tiga peluru berpandu HIMARS (Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi) di wilayah itu.

Seramai dua orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan