Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh hadir merasmikan Program Hari Burung Hijrah Dunia 2022 di Perpustakaan Negeri Sarawak semalam. Foto TVS

Sarawak akan warta Bako Buntal sebagai habibat semula jadi burung hijrah

KUCHING, 16 Okt : Kerajaan Sarawak akan mewartakan Bako Buntal sebagai habitat semula jadi untuk burung hijrah, kata Datuk Len Talif Salleh.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri berkata, usaha berkenaan penting kepada pemulihan spesies burung hijrah serta sistem ekologi.

Pada masa sama katanya, langkah berkenaan juga akan memanfaatkan komuniti di Kampung Buntal dan Kampung Bako yang mencari rezeki di kawasan itu.

“Oleh sebab itulah kita hendak wartakan supaya tidak ada usaha untuk membangunkan kawasan berkenaan.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga telah memberikan komitmen supaya pelabuhan yang telah dirancang berdekatan dengan Taman Negara Bako dialihkan ke tempat baharu,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Perasmian Program Hari Burung Hijrah Dunia 2022 di Perpustakaan Negeri Sarawak semalam.

Program berkenaan merupakan platform penting untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang kepentingan pemuliharaan burung hijrah.

Sementara itu beliau memberitahu, perubahan iklim merupakan salah satu ancaman kepada burung berkenaan.

“Kebanyakan habitat spesis ini juga sudah diambil alih untuk tujuan tertentu.

“Oleh sebab itulah usaha perlu dilakukan untuk memastikan habitatnya dipertahankan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan