Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parti Warisan (Warisan) sekali lagi menyeru Parti Bersatu Sabah (PBS) supaya bekerjasama untuk Pilihan Raya Umum (PRU) 15. Foto: Warisan

Lihat perubahan di Sarawak – Shafie Apdal

KOTA KINABALU, 16 Okt : Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyeru parti – parti politik di Sabah supaya mencontohi kerjasama yang dibentuk oleh parti – parti di Sarawak.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ini kerana penyatuan parti – parti tempatan di Sarawak telah membawa perubahan positif.

“Lihat perubahan yang terjadi di Sarawak, itu boleh dijadikan sebagai contoh, rakyat Sabah juga harus menukar cara pemikiran seperti itu,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan walkabout di pasar Jalan Gaya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sekali lagi menyeru Parti Bersatu Sabah (PBS) supaya bekerjasama dengan Warisan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Katanya, ‘jemputan’ itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk tidak adil bagi PBS yang telah mentadbir Sabah selama lebih 10 tahun hanya diberikan dua atau tiga kerusi pada PRU-15 ini.

“Saya telah menyatakan dengan jelas jika Tan Sri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili bersedia untuk bekerjasama dengan kami, mengapa tidak,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan