Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Nurul Nazihah Kamalul Arifin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, di sini pada kira-kira 3.40 petang tadi. Foto: BERNAMA

Jenazah Nurul Nazihah selamat dikebumikan

ByBernama

KOTA TINGGI, 16 Okt: Jenazah Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, di sini pada kira-kira 3.40 petang tadi.

Lebih 100 ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai membanjiri kawasan tanah perkuburan tersebut bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Baca artikel di sini >>>>> Dua rentung dalam kemalangan empat kenderaan dekat Sedenak

Suasana sayu dan hiba dapat dilihat apabila van yang membawa jenazah memasuki kawasan perkuburan pada 3.30 petang.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid An-Nur Kampung Batu Empat, di sini sebelum dibawa ke kediaman ibu bapanya di Kampung Lukut.

Tinjauan Bernama di rumah keluarga mangsa di kampung berkenaan sejak pagi tadi, mendapati ia dipenuhi dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran yang menunggu ketibaan Allahyarham.

Semalam, Nurul Nazihah, 28,  bersama seorang individu lagi yang belum dikenal pasti identitinya, dilaporkan maut manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak pada 7.47 malam.

Wanita itu ditemukan tersepit dalam Proton Wira yang dinaikinya, manakala seorang lagi mangsa dalam Toyota Vios. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan