Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud turut hadir memeriahkan Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 di Kuala Lumpur malam ini . Foto Fiqri Razak (TVS)

Hanya orang Sarawak ‘bena – bena’ bela nasib orang Sarawak – Fadillah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Okt : Dato Sri Fadillah Yusof mengingatkan bahawa hanya rakyat Sarawak yang akan membela nasib rakan senegerinya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 berkata, rakyat Sarawak yang menetap di Semenanjung Malaysia umpama berdagang di negeri orang.

“Oleh itu berusaha sebaik mungkin, sekiranya kitak orang berjaya dan cemerlang, jangan sama sekali lupa dari sinei kitak orang bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena program berkenaan di sini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Tiga Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Sementara itu, Fadillah turut menyeru agar rakyat Sarawak yang berjaya di sini supaya tidak melupakan asal usul.

“Tidak kira di mana anda berada dan mencari rezeki, jangan sama sekali lupa akan tanah tumpah negeri ku Sarawak!. Hujan emas di negeri orang, lebih baik kita berhujan di negeri sendiri,”katanya.

Dalam pada itu, Fadillah turut meluahkan rasa bangga di atas kejayaan menyambung semula Lan Berambeh Anak Sarawak sebelum dua tahun dihentikan akibat COVID-19.

Katanya, Sarawak merupakan negeri tunggal yang mempunyai program mengumpul rakyatnya yang berada di ibu negara.

“Jeles negeri lain nangar kita tok you you. Tanggar betapa hebatnya kita anak Sarawak. Bak kata YAB Premier kita, ketek ajak,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan buat kali pertama dalam sejarah, Kerajaan Sarawak akan menganjurkan larian anak Sarawak di Kuala Lumpur menerusi Sarawak Volunteer yang akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Record.

“Ini sebagai larian pertama melalui terowong di lebuh raya. Sik lamak lagik, Insya Allah,” katanya. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan