Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah hadir merasmikan Pesta Badudun dan Lumba Kerbau di Kampung Meritam di sini hari ini. Foto TVS.

GPS harap sokongan rakyat jayakan misi sapu 31 kerusi Parlimen

LIMBANG, 16 Okt : Gabungan Parti Sarawak (GPS) memerlukan sokongan padu rakyat untuk mencapai misi menang kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, kata Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau yang merupakan mantan Ahli Parlimen Limbang berkata, sejak empat parti tempatan menubuhkan GPS, mereka bekerja sepanjang masa untuk rakyat Sarawak.

“Perkhidmatan yang diberikan bukanlah bermusim atau semasa menjelang pilihan raya sahaja.

“Pelbagai inisiatif dan pendekatan berorientasikan rakyat dilaksanakan selain menetapkan dasar pembangunan untuk memacu Sarawak ke arah negeri maju,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Pesta Badudun dan Lumba Kerbau anjuran Persatuan Melayu Limbang di Kampung Meritam di sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berkata, penting untuk GPS menang kesemua kerusi Parlimen bagi melantangkan suara Sarawak di Dewan Rakyat,

“Hasil suara Ahli Parlimen GPS di Parlimen, kita berjaya dalam penggal lepas termasuk ketika menuntut hak – hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Ini menjadi kejayaan besar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan