Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
GPS fokus kepada kestabilan Malaysia, kata Dato Sri Nancy Shukri. Foto Facebook Nancy Shukri.

GPS fokus dapat sokongan padu rakyat – Nancy

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Okt : Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika ini memberi tumpuan untuk mendapat sokongan padu rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Dato Sri Nancy Shukri.

Pada masa sama, beliau yang juga Naib Ketua Wanita I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, GPS mahu melihat kestabilan politik negara.

“Apabila mendapat kemenangan besar, kita (GPS) mempunyai suara yang lebih.

“Seterusnya (GPS) boleh cadangkan kepada kerajaan pusat bagaimana boleh menguatkan lagi Malaysia dengan sokongan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Promosi Kraf Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia 2022, di sini, hari ini.

Nancy berkata demikian ketika ditanya sama ada jawatan Timbalan Perdana Menteri wajar diberikan kepada Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sebagai syarat untuk gabungan politik di Semenanjung Malaysia mendapatkan sokongan GPS.

Nancy yang Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, jawatan Timbalan Perdana Menteri bukanlah keutamaan buat masa ini.

“Jawatan itu bukan tidak penting, jawatan besar, perkara itu kita boleh bincang nanti,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan