MANILA, 16 Okt: Gempa bumi luar pesisir bermagnitud 5.3 menggegarkan wilayah Surigao Del Sur di selatan Filipina lewat malam Sabtu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
Agensi berita Xinhua melaporkan, gempa yang berlaku pada 11.14 malam waktu tempatan itu pada kedalaman satu km, kira-kira 68 km timur laut bandar Marihatag.
Gempa tektonik itu diramal mencetuskan gegaran susulan tetapi tidak menyebabkan kerosakan. – TVS