Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga kereta di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berdekatan dengan Sedenak, malam tadi. Foto ihsan Bomba.

Dua rentung dalam kemalangan empat kenderaan dekat Sedenak

ByBernama

JOHOR BAHRU, 16 Okt : Dua rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga kereta di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berdekatan dengan Sedenak, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Mohd Fauzi Nor berkata kejadian kira-kira pukul 7.47 malam itu melibatkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.

“Wanita yang maut ialah penumpang Proton Wira dikenali sebagai Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang ditemukan tersepit serta rentung di dalam kenderaan terbabit.

“Seorang lagi ialah mangsa dalam Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata lori Isuzu terbakar 70 peratus tetapi pemandu dan penumpang yang dikenali sebagai S. Suresh, 38, dan Mok You Jian, 22, selamat.

Turut terbakar Proton Wira dan Toyota Vios sebanyak 90 peratus, manakala pemandu Proton Wira dan Proton Preve terselamat, katanya.

Terdahulu, tular satu video seorang lelaki meraung kesedihan kerana tidak sempat menyelamatkan isterinya yang dipercayai rentung dalam kejadian itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan