Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas botnya karam dipukul angin kencang di perairan Bohey Dulang, Semporna pada Khamis lepas. Foto JBPM Malaysia Sabah.

Bapa selamat, anak hilang kejadian bot karam di Bohey Dulang

SEMPORNA, 16 Okt : Seorang lelaki selamat manakala anaknya hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Bohey Dulang di sini pada Khamis lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air, Faisal Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada pukul 9.30 pagi tadi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

Dalam kejadian itu, Johor Imam Gapul, 66, selamat manakala nasib anaknya, Sulaiman Johor, 22, masih belum diketahui.

“Mereka dilaporkan keluar memancing ketika kejadian itu berlaku pukul 5.50 petang.

“Bapa mangsa yang terselamat telah membuat laporan dengan memaklumkan bot mereka mengalami masalah kerosakan enjin bot dan angin kencang menyebabkan bot itu karam,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Faisal memberitahu, Johor Imam sempat berpaut pada serpihan bot sebelum diselamatkan oleh penduduk Kampung Tarapuli.

Ketika ini, pasukan BBP Atas Air telah ke lokasi kejadian yang terletak kira – kira 30 kilometer (KM) dari balai untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan