Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak kini bersiap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut  yang telah bermula sejak 11 Nov lepas dan dijangka berakhir pada Mac tahun hadapan. Foto, Ahmad Nasrullah (TVS).

Banjir di utara Sarawak semakin pulih, PPS terakhir ditutup

KUCHING,16 Okt: Keadaan banjir di kawasan Bekenu dekat Miri di bahagian utara Sarawak sejak seminggu lepas semakin pulih, dengan pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir di Dewan Masyarakat Bekenu ditutup jam 10.48 pagi tadi.

Makluman terbaru dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini menyatakan, 10 mangsa banjir terakhir yang berlindung di PPS itu sejak 10 Okt lepas, telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing berikutan keadaan paras air yang semakin surut.

Baca artikel di sini:

  1. 1. Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal
  2. 2. Penduduk Limbang dan Lawas diminta bersedia risiko banjir
  3. 3. Mangsa banjir di Sarawak menurun
  4. 4. Mangsa banjir pindah ke PPS di Sarawak meningkat 38 orang

Kumpulan mangsa banjir ini merupakan antara 18 penduduk dari Kampung Jenggalas dan Kampung Dagang di Bekenu, yang diarahkan berpindah pada tarikh berkenaan setelah kediaman mereka dinaiki air.

Sebelum ini, episod terbaharu banjir di Sarawak itu turut menjejaskan empat mangsa daripada dua keluarga di Kampung Dagang Sepupok di Niah dekat Miri dan 16 penduduk Rumah Panjang John Ramba di Kapit di kawasan tengah Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan