Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah hadir memberi sokongan kepada Larian Amal Pink 2022 di sini hari ini. Foto TVS.

610 wanita dikesan hidap kanser payu dara di Sarawak

KUCHING, 16 Okt : Tahap kesedaran golongan wanita luar bandar di Sarawak mengenai tanda awal kanser payu masih rendah, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri berkata, dapatan itu diperolehi menerusi kajian awal oleh Jabatan Pembedahan Am, Unit Pembedahan Payu Dara dan Endokrin, Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sehubungan itu, Fatimah mencadangkan agar kajian berkenaan diperluaskan ke seluruh Sarawak bagi memperolehi data sebenar kesedaran wanita untuk mengesan pesakit kanser payu dara peringkat pertama.

“Ini kerana sejak 2019 hingga 2021, jumlah pesakit kanser payu dara yang berdaftar di HUS ialah seramai 610 pesakit dan kita percaya angka itu sebenarnya kecil berbanding pengidap sebenar.

“Kita tidak mempunyai rekod sebenar jumlah pesakit kanser payu dara di Sarawak. Ini menyukarkan proses advokasi dan memberi rawatan susulan di hospital,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Larian Amal Pink 2022 di dataran Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini pagi tadi.

Yang turut hadir, Pengarah HUS, Dr. Ngian Hie Ung.

Acara berkenaan diadakan bertujuan untuk meningkat kesedaran orang ramai terutama wanita terhadap kanser payu dara menerusi larian amal sejauh lima kilometer (km) dan tiga km.

Sementara itu, Fatimah turut menyeru golongan wanita terutama di luar bandar supaya tidak malu untuk tampil mendapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda awal kanser payu dara.

“Ada pesakit yang hanya menyedari mereka menginap kanser di peringkat akhir dan ini menyukarkan rawatan pemulihan.

“Di negara maju sekiranya mendapat data awal, pesakit berjaya diselamatkan menerusi rawatan yang diberikan,”katanya.

Dalam pada itu Fatimah memberitahu, kerajaan juga menghulurkan bantuan termasuk subsidi kepada golongan B40 yang disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Selain itu separuh bayaran atau rawatan percuma diberikan kepada wanita yang tampil ke untuk melakukan ujian mamogram,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan