KUALA LUMPUR, 15 Okt : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hadir pada majlis makan malam sempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
Ketibaan Tun Abdul Taib serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib diiringi oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Turut hadir, tiga Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato Sri Fadillah Yusof serta beberapa Menteri Persekutuan, Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Sarawak turut hadir.
Program berkenaan yang mengumpulkan ribuan anak Sarawak di Lembah Klang turut dimeriahkan dengan persembahan Bob Yusof, Winnie Albert dan At Adau. – TVS