Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak kini dalam proses melaksanakan dasar pengambilan satu peratus Orang Kurang Upaya (OKU) bekerja di setiap kementerian. Foto: TVS

Sarawak beri peluang OKU bekerja di kementerian

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Okt : Kerajaan Sarawak dalam proses untuk melaksanakan dasar pengambilan satu peratus pekerja kategori Orang Kurang Upaya (OKU) di setiap kementerian dan jabatan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Mohammad Razi Sitam berkata, dasar itu telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri juga berharap agar polisi berkenaan akan segera dilaksanakan di sini.

“Dasar ini tidak terhad kepada sektor kerajaan tetapi juga boleh diperluaskan di sektor swasta.

“Sarawak boleh mengambil langkah ini memandangkan sudah ramai OKU berpendidikan tinggi serta menguasai kemahiran teknikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Tahun 2022 Peringkat Sarawak.

Sementara itu, Mohammad Razi memberitahu, setakat Februari 2022, seramai 42,225 OKU berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Daripada jumlah tersebut katanya, seramai 4,828 orang di bawah kategori cacat penglihatan.

“Bagi memperkasakan lagi golongan ini, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) telah menyalurkan pelbagai bantuan seperti pemberian geran pelancaran usahawan, elaun pekerja OKU, elaun latihan atlet OKU negeri dan lain-lain lagi,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan