Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Foto: TVS.

Pulau Pinang ‘tidak jadi’ bubar DUN

GEORGE TOWN, 15 Okt : Hasrat Kerajaan Pulau Pinang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak kesampaian apabila ‘tidak mendapat lampu hijau’ Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya menerima keputusan itu biarpun DAP telah mengemukakan alasan bagi meyakinkan pucuk pimpinan PH bahawa pilihan raya negeri (PRN) itu sepatutnya boleh diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ujarnya, tidak timbul perasaan kecewa terhadap keputusan itu memandangkan telah dibuat lebih awal sebelum pembubaran Parlimen dan berlandaskan perbincangan menyeluruh.

“Harap pengundi-pengundi juga dapat faham walaupun ada pihak yang kecewa termasuk media kena buat kerja dua kali, tetapi ini satu keputusan dan proses demokrasi yang kita hargai.

“Apa yang penting kita menyeru semua penyokong-penyokong untuk menumpukan perhatian (kerana) apa yang sudah diputuskan, kita biar begitu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tambah Kon Yeow, fokus pihaknya kini diberikan kepada 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di negeri ini.

Terdahulu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan tiga negeri di bawah gabungan itu iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang kekal dengan keputusan tidak membubarkan DUN tahun ini.

DAP Pulau Pinang sebelum itu menyuarakan hasrat mengadakan PRN serentak dengan PRU-15 selepas mengambil kira pandangan rakyat dan faktor logistik yang dilihat lebih memudahkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan