Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sim Kiang Chiok (kanan) pada Program Gotong-Royong, Kempen Beli Balik serta Pemvaksinan dan Pelesenan Anjing di Kuching, hari ini.

Pilih calon yang bawa suara rakyat ke Parlimen

KOTA SAMARAHAN, 15 Okt: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) medan untuk rakyat memilih wakil rakyat yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Rakyat.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan Dato Sim Kiang Chiok yang berkata demikian menambah, calon pilihan raya membodek dan mempunyai agenda peribadi wajar ditolak.

“Calon (PRU-15) adalah orang yang mewakili suara, pandangan dan impian anda untuk masa hadapan di Parlimen. Pilihlah calon yang sanggup membawa suara anda ke Parlimen kerana apabila sesuatu dasar-dasar baharu yang dirangka ia adalah untuk manfaat rakyat ketika ini dan generasi seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Gotong-Royong, Kempen Beli Balik Serta Pemvaksinan dan Pelesenan Anjing di sini, hari ini.

Menurutnya, semua pihak harus akur dengan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Dengan pembubaran Parlimen, kuasa untuk memilih dan menentukan kerajaan kini terletak pada rakyat. Rakyat wajar melihat ia sebagai peluang bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dan peduli rakyat.

“Saya rasa semua orang seharusnya rasa gembira kerana kita kini mempunyai hak untuk mengundi dan memilih calon wakil rakyat. Gunakan hak tersebut dengan bijak demi masa depan negara dan generasi muda,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan