Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Felow Penyelidik Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Madya Stanley Bye Kadam Kiai.

Pengundi luar bandar miliki ‘identiti politik’ – penganalisis

ByLuqman Muhammad

KUCHING 15 Okt : Pengundi di luar bandar dilihat masih cenderung untuk memilih wakil rakyat berdasarkan faktor amalan tradisi pada setiap pilihan raya, kata Prof Madya Stanley Bye Kadam Kiai.

Penganalisis politik yang juga Felow Penyelidik Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata, selain itu faktor seseorang wakil rakyat yang disenangi masyarakat serta populariti parti turut menyumbang kepada sokongan.

“Ini kerana rakyat masih percaya jika mereka mengundi sesuatu parti, parti itu akan mengubah infrastruktur serta keadaan di luar bandar sedikit demi sedikit.

“Banyak kajian telah dibuat mengapa mereka masih setia mengundi.

“Mungkin di sini boleh kita katakan sebagai identiti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Malaysia Decides terbitan TVS di sini, hari ini.

Kepada soalan mengenai calon pilihan raya pula, Stanley Bye berkata, ketua parti perlu meletakkan calon yang berkaliber.

”Ini untuk membawa suara rakyat di sesebuah kawasan sekaligus meningkatkan kualiti taraf hidup masyarakat terutama di luar bandar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan