Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: TVS.

Kerajaan Sarawak akan sediakan kediaman untuk pelajarnya di Lembah Klang

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 15 Okt : Kerajaan Sarawak akan menyediakan kediaman khas untuk rakyatnya yang belajar dan menetap di Lembah Klang, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, perancangan berkenaan adalah bertujuan untuk membantu pelajar Sarawak di sini yang terkesan dengan isu kadar sewa yang tinggi.

“Saya faham masalah yang dihadapi pelajar dan sedang mencari jalan penyelesaian .

”Saya telah berunding dengan Dato Sri Fadillah Yusof untuk membangunkan sebuah kediaman di Kuala Lumpur,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada sesi townhall sempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Sementara itu, Abang Johari memaklumkan, lokasi kediaman berkenaan kini sedang dikenal pasti. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan