Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh membuat semakan keputusan tersebut secara dalam talian menerusi pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula 10 pagi pada 20 Okt hingga 6 petang 26 Okt ini.

Keputusan SPMU 2022 dikeluarkan Khamis depan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Okt : Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dikeluarkan pada Khamis depan (20 Okt).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh membuat semakan keputusan tersebut secara dalam talian menerusi pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula 10 pagi pada 20 Okt hingga 6 petang 26 Okt ini.

Selain itu, calon juga boleh memperoleh keputusan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan SPMU dengan menaip ‘SPMU (jarak) Nombor Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran’ dan hantar ke 15888.

SPMU 2022 yang dilaksanakan pada 12 hingga 14 Sept lepas, melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan