Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto Bernama.

BERSATU ‘tidak rujuk’ dengan PH – Muhyiddin

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Okt : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu memilih untuk mengukuhkan kerjasama dengan PAS, Gerakan, SAPP dan Star untuk mengharungi PRU-15.

“Selaras dengan prinsip demokrasi dan kebebasan rakyat untuk memilih, Bersatu bersedia terlibat dengan pertandingan pelbagai penjuru melibatkan Perikatan Nasional (PN), PH dan Barisan Nasional (BN),”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gabungan itu terbuka untuk bekerjasama termasuk dengan Muhyiddin dan parti dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadapi PRU-15.

Bagaimanapun kenyataan terbaharu PH memaklumkan, mereka memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Muhyiddin berkata, beliau juga ambil maklum pendirian terkini bekas ‘rakan politiknya itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan