Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Daging kerbau sejuk beku dari India dirampas MAQIS di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara pada Rabu lalu. Foto: MAQIS

28 tan daging kerbau dari India disita MAQIS

BUTTERWORTH, 15 Okt : Cubaan membawa masuk 28 tan daging kerbau ke negara ini dengan sijil halal yang meragukan gagal apabila produk sejuk beku itu disita di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini Rabu lalu.

Produk dari India itu ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang melakukan pemeriksaan rutin.

Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd. Talib menerusi kenyataan media hari ini berkata, pihaknya mendapati dagangan tersebut dipercayai menggunakan maklumat yang mengelirukan pada sijil kesihatan dan sijil halal yang dikeluarkan dari negara pengeksport.

Ujarnya, ini kerana maklumat pada produk daging tanpa tulang berkenaan adalah tidak tepat dan berbeza.

“Justeru, dagangan seberat 28 tan di dalam 1,167 kotak yang dianggarkan bernilai RM270,000 itu telah ditahan untuk tindakan selanjutnya.

“Penggunaan maklumat pada sijil halal dan sijil kesihatan yang tidak tepat serta mengelirukan akan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan