Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, penganjur Program Lan Berambeh Anak Sarawak setakat ini tidak mempunyai perancangan untuk menganjurkan acara itu di lokasi lain. Foto: Akma Salleh (TVS).

Tiada perancangan anjur Lan Berambeh Anak Sarawak di luar Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 Okt : Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, penganjur Program Lan Berambeh Anak Sarawak setakat ini tidak mempunyai perancangan untuk menganjurkan acara itu di lokasi lain.

Ujarnya, Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi penganjuran kerana pusat bandar ini merupakan nadi ekonomi selain menjadi tumpuan rakyat dari seluruh negara.

“Sebenarnya ada permintaan supaya mengadakan acara ini di luar ibu negara.

“Bagaimanapun jawatankuasa belum bersedia untuk berbuat demikian kerana Kuala Lumpur merupakan tempat ramai rakyat Sarawak berkumpul,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan acara Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Program Lan Berambeh Anak Sarawak telah diadakan sejak 2008 dan tahun ini ianya memasuki edisi ke-14 penganjuran.

Acara ini menjadi wadah berkumpul bagi mengeratkan perpaduan anak Sarawak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang bermastautin di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan