Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis penyerahan cek geran UNIFOR di Kuching pada Khamis. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

RM24.6 juta daripada UNIFOR untuk 86 projek tahun ini

KUCHING, 14 Okt: Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak memperuntukkan sejumlah RM24.643 juta bagi membiayai 86 projek menerusi pengagihan geran fasa 1 tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata projek-projek ini merangkumi pembinaan, pengubahsuaian dan menaik taraf pelbagai rumah ibadat, dewan serbaguna dan lain-lain kemudahan.

“Penyerahan peruntukan itu membuktikan UNIFOR masih berfungsi dengan baik dan sangat relevan, malah diperlukan untuk membantu agama selain Islam di Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.

Pada Khamis beliau menyerahkan cek geran bagi membiayai 76 projek dengan kos RM19 juta di sini pada Khamis.

Antara mereka yang menerima bagi mewakili organisasi masing-masing ialah Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63, dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia Dan Sukan), Dato Gerald Rentap Jabu dan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil.

Penyerahan peruntukan itu membuktikan UNIFOR masih berfungsi dengan baik dan sangat relevan, malah diperlukan untuk membantu agama selain Islam di Sarawak, jelasnya.

Untuk tahun ini, kerajaan Sarawak diperuntukkan RM50 juta bagi membolehkannya melaksanakan peranannya.

Beliau juga menasihatkan agar pihak yang menerima geran agar memantau rapat pelaksanaan projek masing-masing.

Menurutnya, jika projek itu disiapkan dengan sempurna dan mengikut jadual, ia akan memanfaatkan rakyat.

Pengagihan geran untuk peringkat seterusnya dijangka diadakan pada tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan