Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit bercakap dalam sidang media di Jakarta hari ini. Foto: David Andreas (TVS)

PDRM bantu Polis Indonesia tangkap suspek perjudian terbesar di Indonesia

ByTVS

JAKARTA, 14 Okt : Polis Indonesia mengesahkan penahanan Apon BK yang disyaki ketua sindiket judi dalam talian terbesar di negara ini dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit berkata, suspek ditahan di Malaysia dan ketika ini dalam rundingan untuk dibawa ke Jakarta untuk siasatan lanjut seterusnya.

“Suspek bersembunyi di Singapura dan kemudiannya lari ke Malaysia. Bagaimanapun dengan kerjasama PDRM, suspek berjaya ditahan,”katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, penahanan suspek berkenaan dijangka akan memudahkan usaha untuk mengekang kegiatan judi dalam talian yang besar di Indonesia yang mempunyai kaitan dengan rangkaian antarabangsa.

Pada Ogos lepas, seramai 15 anggota sindiket berkenaan yang bekerja di premis milik suspek di Pekanbaru, Riau ditahan dalam suatu serbuan.

Bagaimanapun Apon BK berjaya meloloskan diri dan lari ke luar negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan