Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Notis pembubaran DUN Pahang diserah kepada SPR -Speaker

ByBernama

KUANTAN, 14 Okt: Notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tengah hari tadi, kata Yang  Dipertua DUN Datuk Seri Ishak Muhamad.

Notis tersebut diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang di sini, setelah Ishak menerima Watikah Pengisytiharan Pembubaran DUN ke-14 daripada Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Watikah itu ditandatangani Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menjalankan kuasa diberikan kepada baginda di bawah Fasal (2) Perkara 26 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Terdahulu, Wan Rosdy pada sidang media khasnya mengumumkan keputusan kerajaan negeri membubarkan DUN ke-14 hari ini, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak bersama Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada pilihan raya umum lepas, BN menang 25 daripada 42 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (sembilan) dan PAS (lapan). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan