Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Yuriko Koike (dua kanan) pada Forum Hidrogen Tokyo anjuran Kerajaan Metropolitan Tokyo di Tokyo pada Rabu. Foto: Pejabat Premier Sarawak.

Visi Sarawak menjadi hab hidrogen disertai tindakan

KUCHING, 13 Okt : Visi Sarawak untuk menjadi hab hidrogen di rantau Asia disertai langkah dan tindakan sewajarnya, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini beliau berkata kerajaan Sarawak telah berbincang dengan industri-industri berskala besar di Jepun dan Korea yang menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam menghasilkan kuasa hidrogen bagi menjana industri di negara ini.

Beliau berkata demikian sebagai panel ketika menjawab soalan daripada moderator pada Forum Hidrogen Tokyo anjuran Kerajaan Metropolitan Tokyo di Tokyo pada Rabu.

Menurutnya, atas faktor kekuatan dalam tenaga boleh diperbaharui, Sarawak berada di landasan betul untuk menjadi pengeluar dan pembekal hidrogen di rantau ini pada 2028.

Ini ekoran ketidaktentuan iklim yang melanda dunia pada masa ini.

Sehubungan itu, beliau berkata usaha mengatasi isu iklim, wajar diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat dunia.

“Ia merupakan tanggungjawab dunia untuk mengatasi perubahan iklim. Dunia perlu bersatu-padu dalam berhadapan krisis ini,” katanya yang kini berada di Tokyo.

Dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menangani isu ini, kerajaan Sarawak telah menggubal polisi sejajar dengan protokol perubahan iklim yang dirangka ke arah dekarbonisasi, katanya pada forum itu yang turut disertai panel-panel dari seluruh dunia.

Abang Johari berkata lagi, ini adalah julung kali Sarawak bersama masyarakat dunia bertindak ke arah transisi tenaga agar mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050 seperti digariskan di bawah Protokol Paris.

Menerusi SEDC Energy, Sarawak telah berunding dengan Sumitomo Corporation dan Eneos Corporation dari Jepun di bawah Projek Hornbill untuk mengarusperdanakan hidrogen hijau menerusi methylcyclohexane menjelang 2028.

Selain itu, Sarawak juga berunding dengan Samsung, Posco dan Lotte dari Korea di bawah Projek Hibiscus untuk pembelian semula dalam bentuk ammonia.

Berhubung pengalaman Sarawak dalam bidang hidrogen, beliau berkata ia bermula dengan fasiliti pengeluaran hidrogen pertama pada 2016 menerusi Sarawak Energy (SEB) yang membekalkan gas untuk mengoperasikan bas hidrogen dan kereta di bandar raya Kuching.

Visi hidrogen Sarawak diiringi dengan tindakan

Terdahulu, Abang Johari bersama rombongan melakukan kunjungan hormat terhadap Gabenor Tokyo Yuriko Koike di pejabatnya.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Saraak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul AzizHusain dan Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman.

Rombongan Premier Sarawak turut berkunjung ke Stesen Hidrogen Tokyo Oi dan Muzium Hidrogen Tokyo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan