KUCHING, 13 Okt : Cadangan untuk menaik taraf bot pelancong yang lebih bersesuaian dan menepati spesifikasi akan dibuat setelah kajian mengenainya selesai.
Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pihaknya kini kerap turun padang bagi melihat sendiri keperluan untuk melaksanakan cadangan itu.
“Kita kaji cadangan menyediakan bot-bot yang lebih selesa.
“Tempoh hari, saya pergi ke Bakun dan mencadangkan perkara ini di situ kerana mendapati ombak tinggi pada waktu petang yang membahayakan bot kecil,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan meninjau operasi pengusaha bot pelancong di di Empangan Bengoh di sini hari ini.
Yang turt hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil.
Mengulas mengenai lawatannya, Kim Shin memaklumkan, kementeriannnya melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah memperuntukan sebanyak RM250 000 untuk pemasangan riverine traffic signage di sepanjang kawasan Empangan Bengoh.
“Kita akan meletakkan lima papan tanda di sini dan projek ini dijangka siap pada April 2023,”katanya.
Pada lawatan itu, beliau telah menyerahkan 38 jaket keselamatan kepada pengusaha bot dan komuniti setempat. -TVS