KOTA SAMARAHAN, 13 Okt: Kerajaan Sarawak membuat persiapan holisitik ke arah negeri menua menjelang 2028, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah.
Antara persiapan ialah menawarkan kebajikan dan sokongan kepada warga emas, jelasnya.
Malah, kementeriannya telah dan akan menjalankan penyelidikan khusus bagi menganalisis keperluan lain golongan berkenaan.
“Daripada dapatan penyelidikan kita boleh menganalisis kesediaan dan keperluan dan ia penting untuk kita menggubal dasar bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis penutupan Simposium Kebangsaan Kesejahteraan Psikologi 2022 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini pada Rabu.
Beliau berkata kajian perlu dilakukan dua tahun sekali kerana dapatan yang terkini diperoleh pada 2019. – TVS