Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Universiti Teknologi Malaysia (UTS) Smart Home and UTS Smart Home Book di Sibu pada Rabu.

PRU-15: SUPP sudah ada senarai calon berpotensi

SIBU, 13 Okt : Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sudah mengenal pasti calon-calon berpotensi bagi bertanding mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) di tujuh kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata calon berpotensi itu dicadangkan oleh cawangan SUPP dan akan diputuskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

SUPP akan bertanding di semua kerusi tradisi mereka iaitu Parlimen Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri, katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Universiti Teknologi Malaysia (UTS) Smart Home and UTS Smart Home Book di sini pada Rabu.

SUPP bakal pertahan semua kerusi tradisi

Dr Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak turut mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya enam muka baharu akan diketengahkan pada PRU-15.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama-nama calon berpotensi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan