Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot disyaki milik rakyat Brunei yang menceroboh perairan negara di Limbang, dirampas polis. Foto tangkap layar video media sosial.

PDRM Limbang rampas bot milik warga Brunei ceroboh perairan Malaysia

LIMBANG, 13 Okt : Polis merampas sebuah bot disyaki milik rakyat Brunei yang menceroboh kawasan perairan Sungai Limbang, dekat sini, Selasa lepas.

Difahamkan, bot itu dikejar oleh Polis Marin Brunei di kawasan perairan negara berkenaan.

Pengendalinya dipercayai masuk kawasan Malaysia bagi meloloskan diri dalam kejadian kira – kira pukul 3 petang itu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Parum Niot berkata, tindakan dilakukan polis negara berkenaan ialah bagi mengekang kegiatan disyaki melanggar undang – undang Brunei dan Malaysia.

“Di pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang, kita sedang melakukan siasatan terperinci berhubung kes ini yang tular,” katanya kepada TVS hari ini.

Parum memberitahu, kerjasama membabitkan pihaknya dengan Polis Diraja Brunei akan diteruskan serta ditingkatkan untuk mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Polis akan turut mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi kepada mereka yang disyaki terlibat mengancam keselamatan negara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan