Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak kini bersiap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut  yang telah bermula sejak 11 Nov lepas dan dijangka berakhir pada Mac tahun hadapan. Foto, Ahmad Nasrullah (TVS).

Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal

KUCHING, 13 Okt: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak kekal 33 orang.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat pagi ini, dua PPS masih dibuka melibatkan daerah Subis di bahagian Miri.

Baca artikel barkaitan:

  1. 1. Mangsa banjir di Sarawak menurun
  2. 2. Mangsa banjir pindah ke PPS di Sarawak meningkat 38 orang

“Lima mangsa daripada dua keluarga berlindung di PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah manakala 28 mangsa daripada lapan keluarga berada di PPS Dewan Masyarakat Bekenu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sebuah PPS di Kapit iaitu Asrama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) yang dibuka pada 9 Okt lepas telah ditutup pada 11 Okt. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan