Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah JBPM Sarawak, Datu Khirudin Drahman berkongsi tips keselamatan berhubung ramalan berlaku banjir ketika PRU-15 pada rancangan Malaysia Decides terbitan TVS hari ini.

JBPM Sarawak sedia bertugas pada PRU-15 di sebalik ramalan banjir

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 Okt : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU1-5) yang diramalkan akan berlangsung ketika musim tengkujuh.

Pengarahnya, Datu Khirudin Drahman berkata, JBPM Sarawak ketika ini berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi memastikan keselamatan masyarakat terus dijaga.

“Oleh itu, rakyat tidak perlu khuatir untuk turun mengundi kerana agensi terlibat akan melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Malaysia Decides terbitan TVS di sini hari ini.

Sementara itu, Khirudin juga menasihatkan rakyat agar mendapatkan maklumat yang disahkan oleh agensi kerajaan berhubung sesuatu bencana yang berlaku.

Katanya, ini kerana pegawai kerajaan tidak akan berkongsi maklumat palsu yang boleh mencetuskan panik di kalangan rakyat.

Sementara itu, Khirudin berkata, JBPM Sarawak juga akan sentiasa mengemaskini maklumat terbaharu berkaitan banjir di platform media sosialnya kerana capaian yang lebih cepat.

“Di Sarawak, jika kita hendak bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk program kesedaran atau berkongsi maklumat, ianya memakan masa kerana faktor geografinya yang luas.

“Sehubungan itu dengan menggunakan kemudahan internet, maklumat mudah disebarkan sekaligus membantu rakyat di kawasan terjejas membuat persiapan atau menyelamatkan diri,”katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan