Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn berkata pemberian suntikan penggalak secara percuma untuk pelancong adalah pelaburan yang berbaloi. Foto Bernama.

FDA AS lulus suntikan penggalak vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak

ByBernama

LOS ANGELES, 13 Okt: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu membenarkan suntikan penggalak vaksin COVID-19 Moderna dan Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun, lapor Xinhua.

Suntikan itu bertujuan memberi perlindungan yang lebih baik terhadap COVID-19 disebabkan oleh varian Omicron, menurut FDA.

FDA menerusi kemas kini terbaharunya membenarkan penggalak Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, dan Moderna untuk mereka berusia enam hingga 17 tahun.

Suntikan boleh diberikan sekurang-kurangnya dua bulan selepas lengkap dua suntikan utama atau menerima dos penggalak terbaharu dengan vaksin generasi pertama.

Penggalak Pfizer-BioNTech sebelum ini dibenarkan untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas, manakala Moderna untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Vaksin COVID-19 yang dikemas kini menambah komponen spike protein Omicron BA.4 dan BA.5 terhadap komposisi vaksin semasa, membantu memulihkan perlindungan yang berkurangan sejak vaksinasi sebelum ini dan menyasarkan varian Omicron.

Pfizer dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan menghantar sehingga 6 juta dos penggalak untuk kanak-kanak pada minggu hadapan.

Sehingga 6 Okt, kira-kira 68 peratus penduduk AS telah divaksin sepenuhnya tetapi kurang separuh daripada populasi itu menerima dos penggalak.

Analisis yang diterbitkan oleh The Commonwealth Fund mendapati bahawa jika lebih ramai orang di Amerika Syarikat mendapat dos penggalak mereka menjelang akhir tahun, kira-kira 90,000 kematian COVID-19 dapat dicegah pada musim gugur dan musim sejuk ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan