Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemerintah Bogor di Jawa Barat, Indonesia mengisytiharkan darurat kecemasan bencana sehingga Disember depan berikutan cuaca ekstrem yang diramal akan berterusan. Foto: Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Bogor

Darurat bencana alam di Bogor, empat maut

JAKARTA, 13 Okt : Pemerintah Bogor di Jawa Barat, Indonesia mengisytiharkan darurat kecemasan bencana sehingga Disember depan berikutan cuaca ekstrem yang diramal akan berterusan.

Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Bogor memaklumkan, sebanyak 24 kejadian tanah runtuh dikesan di empat kawasan.

Selain itu beberapa kawasan turut dilanda banjir.

Datuk Bandar, Bima Arya berkata, beliau telah mengarahkan semua agensi keselamatan supaya bersedia manakala penduduk diminta berwaspada.

“Pemerintah tempatan juga sudah bersedia menghadapi kemungkinan terburuk dan kerajaan bandar akan bertindak pantas menangani bencana ini,”katanya.

Sehingga kini empat maut akibat bencana itu termasuk seorang anggota polis.

Media tempatan melaporkan terdapat mangsa yang masih hilang akibat dihanyutkan arus dan tertimbus tanah runtuh.

Empat pelajar sekolah di Depoh dihanyutkan arus ketika menyeberangi sungai di Curug Kembar, Puncak Bogor semalam.

Tiga ditemukan lemas manakala seorang masih hilang.

Selain itu, lapan penduduk Desa Kebun Jahe, di Bogor Tengah tertimbus tanah runtuh ketika hujan lebat semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan