Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melihat replika Wisma Melayu Sarawak yang dibina di Jalan Diplomatik. Foto: TVS

Wisma Melayu Sarawak dijangka siap dalam 30 bulan

KUCHING, 12 Okt : Wisma Melayu Sarawak yang bakal menempatkan ibu pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dijadual akan siap dalam tempoh 30 bulan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dengan kos RM73 juta, bangunan terletak di Jalan Diplomatik itu juga akan menempatkan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, bilik seminar dan ruang terbuka bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk galeri kebudayaan.

“Idea untuk membina wisma Melayu Sarawak ini sebenarnya sudah lama. Ini adalah antara satu resolusi yang diketengahkan semasa kita mengadakan Seminar Budaya Melayu.

“Ia bukan sahaja untuk masyarakat Melayu malah untuk seluruh masyarakat kita yang terdiri daripada berbilang kaum, agama, budaya dan latar belakang yang berbeza-beza di Sarawak ini,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Tapak Pembinaan Wisma Melayu di sini pada Selasa.

Wisma Melayu mercu tanda baharu Sarawak

Beliau berharap dengan penyerahan tapak kepada kontraktor, projek tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna mengikut masa ditetapkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan