Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Undi golongan belia penentu kemenangan PRU15. Foto hiasan Bernama.

Undi belia penentu kemenangan PRU15

ByAdlina Rahman

KUCHING, 12 Okt: Undi golongan belia penting sebagai faktor penentu kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15, demikian menurut Pegawai Perhubungan Awam Demokrasi Kamek, Mohamed Hyypia Rosmaini.

Menurutnya, ini adalah kerana sebahagian daripada jumlah pengundi baharu terdiri daripada golongan belia.

“Kira-kira 40 peratus pengundi baharu terdiri daripada golongan belia, bermakna di sini bermaksud undi mereka boleh menentukan kemenangan seseorang calon,” katanya ketika dihubungi TVS pada Selasa.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin golongan pengundi muda berumur 18 tahun akan memihak kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRU15.

Ini adalah berdasarkan trend Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, katanya sambil menegaskan GPS tidak akan berhadapan masalah dalam mendapatkan undi golongan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan