Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebastian Ting hadir pada sidang media Cats Around The World sempena penganjuran Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa ke-25 yang akan berlangsung di Sarawak. Foto TVS.

SUPP beri lampu hijau kepada Richard Riot pertahankan Serian

ByConnie Grace

KUCHING, 12 Okt : Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) memberi ‘lampu hijau’ kepada Datuk Seri Richard Riot Jaem untuk mempertahankan kerusi Parlimen Serian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Sebastian Ting berkata, keputusan itu diputuskan oleh SUPP baru – baru ini.

“Parti calonkan beliau selaku penyandang di Serian namun keputusan akhir terserah kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merupakan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Cats Around The World sempena penganjuran Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa ke-25 yang akan berlangsung di Sarawak pada bulan depan.

Mengulas lanjut, Sebastian Ting yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Sarawak, parti juga telah mencadangkan beberapa muka baharu sebagai calon pada PRU-15.

“Namun keputusan akhir juga terletak kepada Pengerusi GPS,”katanya.

Richard Riot yang juga Timbalan Presiden SUPP memenangi kerusi berkenaan buat kali ketujuh pada PRU-14 dengan majoriti 9,905 undi.

Beliau memperoleh 17,545 undi sekaligus menewaskan calon DAP, Edward Andrew Luak dan calon bebas, Senior William Rade. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan