Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang beliau akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Foto Firdaus Ismail (TVS).

Jangan ganggu Dr Mahathir, ‘pesan’ Anwar

ByFirdaus Ismail

PETALING JAYA, 12 Okt : Kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini membabitkan Pakatan Harapan (PH) dengan Gerakan Tanah Air (GTA) mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Ini berikutan Pengersi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak tertentu supaya tidak ‘menganggu’ Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tidak mengapalah, kita jangan kacau beliau namun akan terus pantau (kemungkinan bekerjasama).

“Ini kerana pada minggu depan, dia (Dr Mahathir) mungkin mempunyai pandangan berbeza, jadi kita hormati sahaja apa kenyataannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Majlis Presiden PH di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa PH enggan bekerjasama dengan GTA pada PRU-15 ini.

Dr Mahathir berkata, GTA sedia bekerjasama dengan mana – mana parti ‘yang sebulu’ dengan GTA pada PRU-15 ini.

Sementara itu, ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Perak pada PRU ini, Anwar masih tidak memberikan pengesahan.

“Tambun antara kerusi yang diberi perhatian namun prosesnya panjang lagi sebelum diberi persetujuan oleh parti, siapalah saya ini,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan