Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Asisten Komisioner ACP Tan Cheng San menunjukkan daun ketum yang dirampas di Jalan Bukit Indera Muda, Kubang Semang di Bukit Mertajam. Foto: TVS

Tidak sempat bawa 450 kg ketum ke Pantai Timur

BUKIT MERTAJAM, 11 Okt : Polis menggagalkan usaha seorang lelaki membawa 450 kilogram (kg) daun ketum ke pantai timur dengan menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki di Jalan Bukit Indera Muda, Kubang Semang di sini, Jumaat lalu.

Pekerja kilang berusia 30 tahun itu ditahan pada serbuan kira-kira pukul 5.30 pagi ketika dipercayai dalam perjalanan dari Kedah menuju ke Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, suspek dilihat memandu MPV jenis Hyundai Starex Royale dalam keadaan mencurigakan sebelum pihaknya menahan suspek di tepi jalan.

“Pemeriksaan di dalam MPV tersebut kemudiannya menemukan daun ketum yang diisi di dalam 45 beg plastik hitam seberat 450 kg pada ruangan penumpang yang telah ditanggalkan kerusi.

“Siasatan lanjut mendapati suspek menjadikan kegiatan membawa daun ketum ke pantai timur sebagai pekerjaan sambilan dengan upah RM1,000 setiap trip,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Tambah Cheng San, pihaknya merampas daun ketum terbabit yang dianggarkan bernilai RM4,500, manakala suspek direman enam hari sehingga esok bagi siasatan lanjut.

Ujarnya, suspek yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah tersebut dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak Ogos lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan