Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemindaan Perlembagaan Malaysia berhubung jumlah kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak perlu dibuat sejurus terbentuknya kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15. Foto TVS

PRU-15 : GPS dijangka tampilkan 30 peratus muka baharu

ByOdleen Catherny

KUCHING, 11 Oktober : Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka bakal menampilkan 30 peratus muka baharu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, calon muka baharu akan bertanding pada kerusi GPS yang kalah semasa PRU Ke-14 lalu, dan ada dalam kalangan penyandang veteran tidak bertanding mempertahankan kerusi mereka.

“Pada pandangan saya, sebagai ahli daripada PBB, selalunya lebih kurang 30 peratus adalah muka baharu. Kali ini boleh saya katakan untuk GPS, kemungkinan kita akan ada lebih kurang begitu (calon muka baharu),” katanya selepas menjadi tetamu program Sejahtera Asia terbitan TVS pada Selasa.

Mengulas lanjut Abdul Karim yang juga Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Keusahawanan berkata kriteria calon muka baharu yang akan diketengahkan GPS merupakan golongan muda dan berpelajaran tinggi.

Abdul Karim juga berpendapat calon baharu yang sesuai menggalas tugas sebagai wakil rakyat adalah dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun.

Tampilkan muka baharu satu keperluan

GPS akan bertanding di semua 31 kerusi Parlimen di Sarawak.

PRU15 akan diadakan susulan pembubaran Parlimen pada Isnin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan