Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemindaan Perlembagaan Malaysia berhubung jumlah kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak perlu dibuat sejurus terbentuknya kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15. Foto TVS

Kemenangan besar penting untuk lantangkan suara tuntut tambahan kerusi Parlimen

ByOdleen Catherny

KUCHING, 11 Okt : Usaha meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menambah kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah boleh dilakukan jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai suara yang kuat di Dewan Rakyat, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, sehubungan itu kemenangan di kesemua 31 kerusi parlimen di Sarawak oleh GPS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sangat penting bagi memastikan suara Sarawak didengari di Parlimen.

“Satu daripada perkara yang utama yang perlu selepas PRU-15 ialah meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menambah kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah supaya dapat mencapai jumlah 35 peratus.

“Bagaimana perkara itu hendak dilakukan terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menjadi tetamu program Sejahtera Asia, terbitan stesen ini di sini hari ini.

Ketika ini Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi Parlimen atau mewakili 25 peratus daripada keseluruhan 222 kerusi.

Mengulas lanjut, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, kemungkinan yang dapat dilakukan ialah menambah kerusi di Sabah dan Sarawak kerana ‘hampir mustahil’ untuk kurangkan kerusi sedia ada di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, beliau berharap agar pengundi di Sarawak dapat memberikan sokongan padu kepada parti tempatan.

“Harapan saya pada PRU ke-15 ini, rakyat Sarawak tolaklah parti dari Semenanjung Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan Sarawak akan menjadi penentu ke arah pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas PRU-15, beliau tidak menafikan perkara itu.

“Tidak ada parti di Semenanjung Malaysia pada masa ini mampu membentuk kerajaan.

“Kebanyakan mungkin dapat 40 atau 30 kerusi.  Jadi, mereka perlukan gabungan,” katanya.

Abdul Karim berkata, di sinilah GPS akan memainkan peranan penting dan oleh itu perlu menang banyak kerusi di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan