Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Mahathir Mohamad umum beliau akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Langkawi. Foto Bernama.

Dr Mahathir umum akan pertahankan Langkawi

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Okt : Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika ini ‘statusnya’ hanya calon wakil rakyat sahaja.

“Kita tidak tentukan siapa yang akan jadi Perdana Menteri kerana calon itu (Perdana Menteri) hanya relevan kalau kita menang sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Pada PRU-14, Dr Mahathir yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan menang kerusi itu dengan majoriti 8,893 undi.

Beliau menerima 18,954 undi sekaligus menewaskan wakil Barisan Nasional (BN), Dato Ir Nawawi Ahmad dan calon Pas, Zubir Ahmad.

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, beliau akan bertanding menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) kerana pendaftaran GTA belum diluluskan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan