Beliau berkata mengikut Perlembangaan Persekutuan, kerajaan akan hilang sokongan apabila Ahli Parlimen menarik sokongan hingga sokongan yang diterima kurang daripada 112 atau majoriti mudah.
“Kalau sokongan Ahli Dewan Rakyat masih lagi utuh, tidak ada perubahan…jadi tidak ada lah isu yang mengatakan kerajaan tumbang.
“Kalau menteri Kabinet tulis surat dia kata letak jawatan sekalipun, Kabinet masih berfungsi dan kerajaan masih berfungsi…tiada kesan pada keabsahan kerajaan kerana Ahli Parlimen masih memberi sokongan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata situasi kerajaan tumbang apabila Ahli Parlimen menarik sokongan boleh dilihat ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan seluruh Kabinet terpaksa meletakkan jawatan. -TVS