Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalan Kampung Beraya ke Kampung Kejapil ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana tanah runtuh hari ini. Foto: APM Miri

Tanah runtuh: Jalan Kampung Beraya ke Kejapil ditutup

MIRI, 9 Okt: Jalan dari Kampung Beraya ke Kejapil kira-kira tiga kilometer dari jalan utama, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu dekat sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan dari kedua-dua arah ekoran tanah runtuh hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata sepasukan empat anggotanya digerakkan ke lokasi untuk meninjau dan memantau situasi pada jam 5.30 petang.

“Kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku sekitar jam 5.00 petang akibat hujan berterusan dari malam tadi (Sabtu malam) sehingga petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jalan tersebut merupakan jalan alternatif menghubungkan tiga kampung iaitu Kampung Beraya, Butir dan Kejapil.

Polis telah memasang sawar-sawar di kawasan kejadian sebagai langkah keselamatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan