Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka, Mohamad Duri berucap ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Saratok hari ini. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

Saratok manfaatkan peruntukan RM200 juta untuk projek rakyat

ByAmirah Shawel

SARATOK, 9 Okt : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, peruntukan RM200 juta yang diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada Agensi Pembangunan Bersepadu Betong (BIDA) akan digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan rakyat.

Kata beliau, projek yang dirancang itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di kawasannya.

“Menerusi kerjasama daripada ketua-ketua jabatan di semua agensi kerajaan di Sarawak, terdapat banyak perancangan yang telah digariskan dan projek berimpak tinggi akan dipilih untuk memajukan Betong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis  Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Saratok di sini hari ini.

Jelas Mohamad, pembangunan yang dirancang membabitkan pelbagai sektor termasuk penyediaan prasarana sukan dan juga sosioekonomi di kawasan itu.

Ketika diminta untuk mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan, beliau berkata, perincian akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat kelulusan daripada Abang Johari.

Sebelum ini, BIDA menerima peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk kerja-kerja pembangunan meliputi lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Beting Maro, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Kabong dan sebahagian kawasan di Lingga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan